Thursday 15 March 2012

Salam semua.
Sekadar renungan dan peringatan untuk diri sendiri dan sahabat,

Malam dan siang silih berganti. Umur kita semakin bertambah. Bermakna baki umur yang tinggal x tau berapa banyak lagi. X macam dalam sebuah filem yang masa adalah matawang. Nak beli barang kena bayar pakai masa. Dapat gaji berupa masa. Diorang dah tau baki umur tinggal berapa lagi.
Dalam hidup ini, kita ada undang-undang yg perlu dipatuhi. Iaitu, undang-undang Allah swt. Ada manusia sekarang ni dah bosan hidup dengan undang-undang Allah, nak samakan dengan orang x beriman, bole buat apa saja, x payah solat, boleh pakai apa nak pakai, dedah sana dedah sini, nak buat apa pun boleh, padahal Nabi saw pernah bersabda : "Dunia ini adalah penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir".
Dan dalam Surah Toha ayat 131 Allah swt berfirman yang maksudnya : "Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada kenikmatan yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan daripada mereka, sebagai bunga kehidupan dunia, agar kami uji mereka dengan kesenangan itu, kurnia Tuhanmu lebih baik dan lebih kekal".  Maka x hairanlah sebab apa orang x beriman yang menguasai ekonomi dunia masa kini, sebab dunia ni syurga mereka, dan syurga orang beriman bukan di dunia. Allah melarang orang beriman melihat kemewahan orang kafir dengan merasa takjub , walhal nikmat keimanan jauh lebih bernilai daripada segala kemewahan yg ada di dunia. Pasaitu la dalam sebuah kitab ada menyatakan bahawa pelajar agama yang merasakan diri mereka hina berbanding orang yang belajar bukan ilmu agama seolah2 telah menghina ilmu agama itu sendiri, iaitu yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith. Kaya x salah, miskin pun x salah, yang penting Iman dan amal soleh. Sebab ramai je orang kaya yang jauh drpd agama dan lebih ramai orang faqir yang kufur.

-Renung2kan dan selamat beramal ^-^