Monday 19 September 2011

Nasihat Saidina Abdullah Bin Abbas R.A.

Daripada seorang tabiin, Wahab bin Munabbih R.A katanya :
Pada suatu ketika setelah penglihatan Saidina Abdullah Bin Abbas RA telah hilang, saya telah membawa beliau ke Masjidil Haram. Setiba disana kedengaran suara satu kumpulan orang sedang bergaduh. Beliau berkata, "Bawalah aku ke tempat kumpulan itu."
Saya telah membawa beliau ke situ. Apabila tiba disana beliau memberi salam. Mereka telah mempersilakan beliau duduk tetapi beliau enggan dan berkata, "Tidakkah kamu mengetahui tentang kumpulan hamba Allah yang istimewa ? Sifat takutkan Allah Taala telah menyebabkan mereka berdiam diri. Sedangkan mereka itu bukanlah bodoh dan tidak juga bisu. Bahkan merekalah orang yang fasih,pandai berkata-kata dan bijak. Namun demikian,kerana ingatan kepada Allah Subhanahuwataala menguasai akal mereka, hati-hati mereka menjadi lembut dan lidah menjadi kelu. Apabila mereka telah tetap teguh dalam keadaan itu, mereka akan bersegera ke arah kebaikan. Kemanakah kamu telah terpesong daripada jalan mereka?"
Wahab berkata : "Selepas peristiwa itu,aku tidak lagi melihat orang berkumpul disitu walaupun dua orang."

No comments:

Post a Comment