Tuesday 29 November 2011

KEM IMAM MUDA KECIL (IMK)


IMAM MUDA AMMAR TRAINING MANAGEMENT
(NO PENDAFTARAN : AS0342242-V)

TARIKH :_

SIRI 1 : 7 HARI
11 DISEMBER 2011 (AHAD) –17 DISEMBER 2011 (SABTU)
TEMPAT :  MASJID KG GUAR PERAHU, PULAU PINANG.

SIRI 2 : 8 HARI
17 DISEMBER 2011 (SABTU) - 24 DISEMBER 2011 (SABTU)
TEMPAT : JALAN MENTERI, ALOR STAR KEDAH.
(BERHADAPAN TAMAN REKREASI ,TAMAN RIMBA)

BAYARAN :-

SIRI 1 ( 7 HARI ) : RM 190
SIRI 2 ( 8 HARI )   : RM 190


OBJEKTIF PROGRAM
ü Mampu menjadi imam di dalam solat & pemimpin di luar solat.
ü Menjadi seorang yang kenal pada penciptanya.
ü Mampu menghafal surah-surah pilihan & hadith.
ü Berilmu agama & berakhlak.
ü Menjadi anak yang soleh.
ü Menjadi seorang yang berdisiplin.
ü Menjadi seorang yang kental jatidiri dan ketahanan diri.

KEISTIMEWAAN
  •  Imam Muda berkongsi pengalaman ketika menjadi peserta di dalam program Imam Muda ASTRO OASIS.
  •  Sijil penyertaan disediakan.
  •  Peluang menjadi rakan ekslusif IMAM MUDA.
PENGISIAN
  •  Hafalan Quran & hadith.
  •  Diajar adab-adab seharian mengikut sunnah.
  • Ilmu tauhid, fiqah, hadith, & akhlak
  • Kesenian Islam.
  • Teknik pengurusan masa yang bijak.
  • Teknik belajar yang betul.

 TAJUK-TAJUK DALAM SESI PENGAJIAN

PENGAJIAN ILMU FEQAH :
1)   BERSUCI
2)   WUDHUK
3)   PERIHAL NAJIS
4)   MANDI WAJIB DAN SUNAT
5)   RUKUN SOLAT
6)   PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
7)   PERIHAL IMAM DAN MAKMUM
8)   DOA DAN BACAAN DI DALAM SOLAT DAN SELEPAS SOLAT
9)   SUNAT-SUNAT DAN LAIN-LAIN.

PENGAJIAN ILMU TAUHID :
1)   SIFAT 20
2)   SIFAT-SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH SWT
3)   RUKUN ISLAM DAN HURAIANNYA
4)   RUKUN IMAN DAN HURAIANNYA
5)   SYURGA NERAKA DAN LAIN-LAIN.

PENGAJIAN ILMU AKHLAK :
1)   ADAB DENGAN IBUBAPA
2)   ADAB DENGAN GURU
3)   ADAB DENGAN ALATAN ILMU
4)   ADAB SESAMA MANUSIA
5)   ADAB MAKAN MINUM
6)   ADAB TIDUR.
7)   DOA SEHARIAN.

PENGAJIAN AL-QURAN :
1)   MEMBETULKAN BACAAN SURAH AL-FATIHAH DAN MENGHAFAL MAKNANYA,
2)   MENGHAFAL SURAH-SURAH LAZIM,
3)   BELAJAR MEMBACA AL-QURAN BAGI PESERTA YANG TIDAK MAHIR MEMBACA AL-QURAN,
4)   MENGHAFAL SURAH-SURAH PLIHAN BAGI PESERTA DI PERINGKAT TINGGI.

PENGAJIAN HADITH :
1)   MENGHAFAL HADITH-HADITH PENDEK BESERTA MEMAHAMI MAKNANYA
2)   MEMPELAJARI HADITH-HADITH BERKAITAN :
  • SOLAT
  •  AL-QURAN
  • ZIKRULLAH
  • KEPERIBADIAN RASULULLAH SAW
  • KISAH PARA SAHABAT NABI SAW
PENGAJIAN LAIN :
1)   MOTIVASI BELAJAR,
2)   TEKNIK BELAJAR,
3)   TEKNIK MENGURUSKAN MASA,
4)   TEKNIK SENAMAN,
5)   PEMAKANAN.

ATURCARA PROGRAM KEM ‘IMAM MUDA KECIL’ (IMK)
11 DISEMBER SEHINNGA 17 DISEMBER 2011 ( 7 HARI )
DAN 17 DISEMBER SEHINGGA 24 DISEMBER 2011 ( 8 HARI)

Hari pendaftaran 11 Disember 2011 (AHAD) dan 17 Disember 2011.

2.30 ptg hingga 3.30 ptg      :    Sesi pendaftaran peserta
3.30 ptg hingga 4.00 ptg      :    Taklimat program.
4.00 ptg hingga 4.15 ptg      :    Minum petang.
4.15 ptg                                :    Bersiap untuk solat Asar dan solat Asar berjemaah.
5.00 ptg                                :    Sesi taaruf (perkenalkan diri).
5.30 ptg                                :    Susun dan kemas barang, persiapan diri.
7.00 mlm                               :    Solat Maghrib berjemaah.
7.30 mlm                               :    Makan malam.
8.00 mlm                               :    Sesi ramah mesra bersama peserta dan fasilitator.
8.15 mlm                               :    Solat Isyak di masjid berhampiran.
9.00 mlm                               :    Sesi bersama Imam Muda Mujahid.
10.00 mlm                             :    Persiapan tidur dan peserta mengambil wuduk.
10.15 mlm                             :    Solat sunat taubat,doa.
10.30 mlm                             :    Tidur dengan sunnah.

Rutin harian 11 Disember  – 15 Disember 2011 & 18 Disember - 22 Disember 2011

5.00 pg                                  :  Bangun tidur,kemas tempat tidur dan persiapan solat.
5.30 pg                                  :  Qiamullail berjemaah.
6.00 pg                                  :  Solat Subuh berjemaah (imam adalah dikalangan 
                                                  peserta yang layak).
6.30 pg                                  :  Tazkirah (pentazkirah adalah dikalangan peserta
                                                  yang akan dibimbing fasilitator).
6.45 pg                                  :  Majlis hadith (peserta akan dibacakan hadith dan
                                                  huraiannya.
7.00 pg                                   :  Senaman dan jogging.
8.00 pg                                   :  Sarapan pagi,
                                               :   Persiapan diri.
9.00 pg                                   :   Fadhilat Solat sunat Dhuha,
                                                :  Solat sunat Dhuha.
9.15 pg                                   :   Kelas pengajian Feqah (mengikut tajuk).
10.00 pg                                 :   LDK (Latihan dalam kumpulan).
10.20 pg                                 :  Minum pagi.
10.40 pg                                  :  Kelas cerita (Kisah Para Sahabat Nabi saw).
11.00 pg                                  :  Kelas ilmu tauhid (mengikut tajuk ).
11.30 pg                                  :  Motivasi bersama Imam Muda Ammar  
                                                    berdasarkan pengalaman di dalam Imam Muda 2.
12.00 tgh                                 :  Rehat (Qailulah).
1.00   tgh                                 :  Persiapan solat Zuhur,
1.15   tgh                                 :  Solat Zuhur berjemaah (imam adalah dikalangan 
                                                    peserta yang layak).
1.45 tgh                                    :  Makan tengahari.
2.15 ptg                                    :  Kelas akhlak dan adab-adab mengikut sunnah
                                                     Nabi saw.
3.00 ptg                                    :  LDK (latihan dalam kumpulan).
3.30 ptg                                    :  Kelas menghafal doa.
3.45 ptg                                    :  Minum petang.
4.00 ptg                                    :  Persiapan Asar.
4.15 ptg                                    :  Solat Asar di Masjid berhampiran.
5.00 ptg                                    :  Riadhah.
6.00 ptg                                    :  Persiapan diri.
6.30 ptg                                    :  Makan malam.
7.00 mlm                                   :  Solat Maghrib berjemaah  (imam adalah    
                                                     dikalangan peserta yang layak).
7.30 mlm                                   :  Kelas Tahfiz dan Al-Quran.
                                                     (Peserta akan menghafal Al-Quran/belajar                                                         
                                                     membaca Al-Quran).
8.15 mlm                                   : Peserta menghantar hafalan kepada Ustaz.
8.30 mlm                                   : Persiapan Isyak.
8.45 mlm                                   : Solat Isyak berjemaah.
9.05 mlm                                   : Amali solat.
9.30 mlm                                   : Majlis bacaan Surah Al-Waqiah.
9.45 mlm                                   : Ulang kaji pelajaran.
10.00 mlm                                 : Minum malam.
10.15 mlm                                 : Persiapan tidur dan peserta mengambil wuduk.
10.30 mlm                                 : Solat sunat taubat,doa.
10.45 mlm                                 : Tidur dengan sunnah.



16 DISEMBER 2011 & 23 Disember 2011

Persiapan exam dan exam


17 DISEMBER 2011 & 24 Disember 2011

8.00 pg                                     :  Persiapan diri dan kemas peralatan diri
2.30 ptg - 4.30 ptg                   :  Majlis penutup dan majlis perpisahan

#SEBARANG PINDAAN TERHADAP PROGRAM DI ATAS TERTAKLUK KEPADA PIHAK PENGANJUR.

Sunday 9 October 2011

Tazkirah 5 minit di Universiti Malaya (8/10/2011)

Tajuk : Hebat Dunia Hebat Akhirat.

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Bersyukur kita kepada hadrat Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di bumi allah yang bertuah ini,kita masih diberi rezeki daripada Allah swt. Jika terputusnya rezeki kita,bermakna tiada lagi kita di dunia ini. Maka bermulalah kehidupan yang sebenar untuk kita ,kehidupan yang tiada penghujungnya,kekal selama2nya. Jika kita berjaya disana ,maka berjayalah selama2nya. Jika kita gagal,maka gagallah kita selamanya. 
Allah swt berfirman dalam Surah al- bayyinah ayat 6,7 dan 8 yang berbunyi :  
إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَـٰبِ وَٱلۡمُشۡرِكِينَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ شَرُّ ٱلۡبَرِيَّةِ (٦) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ (٨

"Sesungguhnya orang2 kafir dari kalangan ahli kitab dan org2 musyrikin berada di dalam neraka dan mereka kekal didalamnya,mereka adalah seburuk2 makhluk.
Sesungguhnyq org yg beriman dan beramal soleh mereka adalah sebaik2 makhluk.
Ganjaran mereka disisi tuhan mereka syurga adn yg mengalir di bawah mereka sungai2 ,mereka kekal didalmnya selama2nya.allah meredhai mereka dan begitu juga mereka,itulah ganjaran bagi mereka yang takut akan tuhannya."

Siapa sahaja mengimpikan untuk menjadi hebat dalam segala bidang yang kita ceburi. Sebagai Seorang mahasiswa, kita mengimpikan untuk cemerlang dalam peperiksaan dan memperolehi first class kalau boleh, seterusnya menggenggam segulung ijazah. 
Kita juga mengimpikan sejak sekian lama untuk mendapatkan pekerjaan yang kita minati setelah mendapat segulung ijazah atau menjawat jawatan yang hebat demi keselesaan hidup pada masa hadapan. Namun,jangan kita lupa bahawa semua itu adalah sementara. Kita pasti menempuh suatu alam yg tiada penghujungnya.
Sebagaimana kita perlu hebat dan cemerlang di dunia ini,kita juga perlu hebat dan berjaya di akhirat. 

Sebut pasal berjaya, ramai yg memberikan definisi dan erti berbeza bagaimana yg dikatakan seseorang itu berjaya.
Namun,allah swt ada mentakrifkan definisi kejayaan dalam surah ak- ahzab ayat 71 yg bermaksud bahawa, 
"Barangsiapa yg mentaati allah dan rasulnya maka sesungguhnya dia telah berjaya dengan kejayaan yg agung."

Dewasa ini,ramai dikalangan kita bersungguh2 mengejar kecemerlangan hidup di dunia kerana kita telah nampak dan dengar bagaimana hasil mereka yang cemerlang khususnya dalam bidang pelajaran, maka mudah untuk mendapat pekerjaan yg hebat2, seterusnya mendapat jaminan keselesaan ekonomi dan kewangan, memiliki rumah yg selesa,kereta yg mantap dan hebat,keluarga yang bahagia hingga terlupa membuat persiapan agar cemerlang di akhirat. 

Tidak salah utk cemerlang dan hebat di dunia ,bahkan kita juga dituntut utk cemerlang di dunia dan akhirat. 
Satu hadith riwayat muslim bahawa nabi saw bersabda : 
المومن القوي خير واحب الى الله من المومن الضعيف
"seorang mukmin yang kuat lebih disukai Allah swt lebih daripada seorang mukmin yang lemah".

Bermakna allah swt lebih sukakan seorang mukmin yang kuat dan cemerlang.

Suka saya utk menceritakan disini apa yg disebut dlm surah waqiah mengenai nikmat di syurga drpd ayat 10 hingga ayat 40 yg berbunyi :

وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠)

Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40)

Semoga kita menjadi insan yang hebat di dunia dan hebat di akhirat.
Sekian terima kasih.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Wednesday 21 September 2011

Kisah Nabi SAW bergurau.



Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang perempuan tua datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata :

"Wahai Rasulullah , tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga." Jawab Rasulullah SAW,
"Orang tua tidak boleh masuk syurga." Orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda : " Beritahulah perempuan itu bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua Allah menjadikan semua wanita syurga sebagai anak dara."

  Berjenaka dan berkedaan riang gembira dibenarkan dengan syarat ia perlu sesuatu yang benar. Tetapi ,jika jenaka dan bergurau boleh mendatangkan rasa sakit hati atau berlakunya pertelingkahan, maka ia bukanlah jenaka. Bahkan ia merupakan ejekan yang dilarang oleh Allah SWT.

Bacalah Al-Quran walaupun tersekat-sekat.

Saidatina Aishah R.Anha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda , " Seseorang yang ahli dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran."
(Hadith riwayat Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi dan Ibnu Majah.)

   Seseorang yang tersekat-sekat akan mendapat dua ganjaran, satu ganjaran untuk bacaannya dan satu lagi kerana dia bersusah payah dalam bacaannya yang tersekat-sekat. Namun, ia tidaklah bermaksud bahawa ganjaran untuknya melebihi daripada ganjaran seseorang yang mahir.Ganjaran orang yang mahir adalah berlipat kali ganda sehingga mereka akan dihimpun bersama para malaikat yang khusus.

Peluang pekerjaan dengan gaji lumayan.

Diriwayatkan daripada Saidina Abdullah bin Abi Aufa R.A. katanya Rasulullah SAW bersabda , " Sesiapa yang membaca :

لا اله الا الله وحده لا شريك له أحدا صمدا لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد
"La ila ha illallah wahdahu la syarikalah ahadan somadan lam yalid walam yulad walam yakun lahu kufuwan ahad"

akan ditulis baginya dua juta pahala.
(Hadith riwayat Tobarani)

Monday 19 September 2011

Nasihat Saidina Abdullah Bin Abbas R.A.

Daripada seorang tabiin, Wahab bin Munabbih R.A katanya :
Pada suatu ketika setelah penglihatan Saidina Abdullah Bin Abbas RA telah hilang, saya telah membawa beliau ke Masjidil Haram. Setiba disana kedengaran suara satu kumpulan orang sedang bergaduh. Beliau berkata, "Bawalah aku ke tempat kumpulan itu."
Saya telah membawa beliau ke situ. Apabila tiba disana beliau memberi salam. Mereka telah mempersilakan beliau duduk tetapi beliau enggan dan berkata, "Tidakkah kamu mengetahui tentang kumpulan hamba Allah yang istimewa ? Sifat takutkan Allah Taala telah menyebabkan mereka berdiam diri. Sedangkan mereka itu bukanlah bodoh dan tidak juga bisu. Bahkan merekalah orang yang fasih,pandai berkata-kata dan bijak. Namun demikian,kerana ingatan kepada Allah Subhanahuwataala menguasai akal mereka, hati-hati mereka menjadi lembut dan lidah menjadi kelu. Apabila mereka telah tetap teguh dalam keadaan itu, mereka akan bersegera ke arah kebaikan. Kemanakah kamu telah terpesong daripada jalan mereka?"
Wahab berkata : "Selepas peristiwa itu,aku tidak lagi melihat orang berkumpul disitu walaupun dua orang."

Sunday 31 July 2011

Awal Ramadhan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah swt Yang Maha Esa kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut dan menikmati keberkatan Ramadhan tahun ni.
Pelbagai fenomena yang berlaku yang pada awal Ramadhan kalau kita dapat saksikan.
Antaranya ialah masjid dan surau penuh sehingga tak cukup tempat serta tempat letak kereta tidak mencukupi.
Alhamdulillah, sejuk hati dan mata yang memandang suasana ni dan alangkah baiknya kalau sepanjang tahun seperti ini. Maklumlah,semua orang tak mahu terlepas daripada memperolehi kebaikan yang telah Allah sediakan pada bulan Ramadhan.

Maksud sabdaan Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA :-

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah,maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni . Sesiapa yang melaksanakan qiyam pada bulan Ramadhan atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah. maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Sesiapa yang melakukan qiyam Lailatulqadar  atas dasar keimanan dan mengharapkan redha Allah. maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni."

Dan dalam satu hadith sahih lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, Baginda ada menyebut bahawa orang yang berpuasa itu memiliki dua kegembiraan,iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menghadap Allah swt..Dan juga bau busuk mulut orang berpuasa adalah lebih harum daripada minyak kasturi.

Antara fenomena yang lain pada malam pertama Ramadhan, kebanyakan kedai makan penuh selepas solat terawih seperti ada perlawanan bola daripada pasukan yang hebat. Mungkin kerana penat solat terawih. Mungkin juga ada yang makan siap-siap dan hanya akan bersahur ringan seperti minum air kosong dan makan biskut atau roti.. Tapi yang menariknya ,ada yang makan dengan bersungguh-sungguh seperti 'jamak taqdim' sebab sebulan akan berpuasa. Walau apa pun,puasa kena puasa.Jangan tak puasa. Tapi, jangan puasa makan dan minum sahaja. Mulut pun kena puasa,kalau tak percuma sahaja sedekah pahala puasa kepada orang lain. Jaga mulut daripada mengumpat.memaki hamun,mencarut,berbohong dan sebagainya yang akan menghabiskan pahala puasa.

Nabi SAW bersabda yang maksudnya :

"Barangsiapa yang tidak meninggalkan ucapan dan/atau perbuatan yang tidak senonoh (ketika berpuasa), maka Allah tidak akan mempedulikan puasanya sama sekali."
(Riwayat Al-Bukhari)

Salam Ramadhan daripada saya Imam Muda Amar...

Saturday 30 July 2011

Adab Berpuasa

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua.

Selamat menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.
Semoga Ramadhan pada tahun ini lebih bermakna buat kita semua.
Ramadhan bulan rahmat,berkat dan bulan keampunan.
Pada bulan ini,Allah swt membuka seluas-luasnya rahmat dan keampunan bagi hamba-hambanya.
Justeru,dalam kita menjalani ibadah puasa, seharusnya kita mengetahui apakah adab-adab berpuasa.
Dibawah ini,saya senaraikan beberapa adab berpuasa..Antaranya ialah :

PERTAMA : Segera berbuka setelah matahari terbenam.
Ini berdasarkan hadith, daripada Sahal bin Sa'ad RA, Rasulullah SAW bersabda :

لا يزال النلس بخير ما عجلوا الفطر


Maksudnya : " Orang yang berpuasa sentiasa mendapat kebajikan selama mereka segera berbuka".

Makanan yang afdhal ketika berpuasa ialah tamar yang masak atau kering. Jika tiada tamar ,yang afdhal adalah air.

KEDUA : Bersahur.

KETIGA : Melewatkan sahur.

KEEMPAT : Meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan yang memberahikan.

KELIMA :  Mandi janabah sebelum terbit fajar.

KEENAM : Berbekam di kepala dan di badan dan seumpamanya, merasai makanan atau mengunyahnya.

KETUJUH : Berdoa ketika berbuka.


KELAPAN : Memberi juadah berbuka kepada orang yang berbuka.

KESEMBILAN : Banyakkan memberi sedekah .

KESEPULUH : Membaca Al-Quran.

KESEBELAS : Beriktikaf terutamanya pada sepuluh akhir Ramadhan.

KEDUABELAS : Elakkan perkara yang makruh ketika berpuasa ,iaitu perkara yang bertentangan dengan perkara yang disebutkan.